Tuesday, July 7, 2009

Petua Di Dapur

Cempedak Goreng Lebih Rangup

Cempedak goreng yang rangup dan garing tentu enak.Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama teh atau kopi panas.Campurkan sebiji telur ayam yang dipukul bersama sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung.Goreng cempedak seperti biasa.InsyaAllah,cempedak goreng lebih garing,tidak berminyak dan sedap..

Melazatkan Ayam Masak Merah

Memang enak jika dapat menikmati nasi beriani dengan ayam masak merah.Untuk menambahkan lagi kelazatan ayam masak merah,kisar ramuanya dengan menambah sebiji tomatao atau sebatang lobak merah.Bukan sahaja lebih enak tetapi lebih berkhasiat.

Mengurangkan Rasa Pahit Daun Betik

Daun betik sedap dibuat ulam namun tidak ramai yang mampu memakannya kerana rasanya yang pahit.Cuba ambil beberapa keping asam keping,rebus bersama daun betik selama lebih kurang 20 minit.Tos airnya dan InsyaAllah rasa pahitnya akan berkurangan.

Cermin Lebih Berkilat

Adalah menjadi kebiasaan kepada suri rumah pada musim perayaan atau sesuatu majlis akan memastikan cermin tingkap atau cermin perhiasan kelihatan bersih dan berkilat.Bagi memudahkan kerja cuba masukkan beberapa titisan cuka ke dalam air bersih dan gunakan untuk mengelap dan membersihkan cermin.Kesannya cermin akan lebih berkilat dan bersinar-sinar.Kalau tak ada cuka,gunakan kertas suratkhabar.Basahkan suratkhabar tersebut dan dihunakan sebagai pengelap cermin.


1 comment: