Tuesday, July 7, 2009

Petua Di Dapur

Elak Kain Batik Luntur

Untuk mengelakkan kain batik kegemaran anda dari luntur warnanya,ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air.Ketika air rebusan masih panas,masukkan kain batik dan rendam semalaman.Setelah itu,bolehlah dicuci seperti biasa.

Kegunaan Akar Daun Pandan

Pastinya ramai yang menggemari sup tulang atau sup ayam kampung yang sememangnya lazat dan berkhasiat.Namun pastinya ramai juga yang mengeluh untuk menyediakannya kerana terpaksa merebus lama untuk melembutkan daging tersebut.Akar pokok pandan boleh direbus bersama masakan tadi dan ini dapat mempercepatkan proses melembutkan daging dan cepatlah disediakan dan dihidangkan.


No comments:

Post a Comment