1. Apabila kamu mendengar azan
segeralah bangun bersolat,walau bagaimana keadaan kamu sekalipun
2. Bacalah Al-Quran atau tataplah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushohah kerana ia merupakan satu-satunya syiar Islam
4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang,mengecam dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara meskipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu,oleh itu, bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan,maka singkatkanlah masa perlaksanaan.
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment