Saturday, August 22, 2009

AMALAN DI SEPANJANG RAMADHAN

Antara amalan-amalan yang perlu menjadi keutamaan di sepanjang Ramadhan ialah:

1. Berpuasa dengan ikhlas,hanya inginkan keredhaan Allah.
2. Jauhi sama sekali dari percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati Allah.
3. Usaha seberapa boleh untuk hidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti terawih dan tahajjud,terutama pada malam-malam akhir Ramadhan.
4. Pastikan sumber makanan dan minuman di sepanjang Ramadhan ini jauh dari sumber yang haram atau yang meragukan supaya puasa dan doa kita dimakbulkan.
5. Berusaha untuk berbuka puasa secara beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka bersendirian.
6. Sentiasa lakukan solat lima waktu secara berjemaah.
7. Perbanyakkan bersedekah kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8. Awasilah diri kita dari menghabiskan waktu tanpa faedah kerana Ramadhan merupakan bulan ibadah.
9. Jika berupaya,kerjakan umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan bersamaan dengan sekali ibadah haji.
10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur itu sunnah Rasulullah SAW.
11. Segera berbuka setelah masuk waktunya.
12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar,supaya dapat meneruskan ibadah puasa dalam keadaan suci dan bersih dari hadas besar.
13. Banyakkan zikir terutama membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik cara berzikir,supaya kita beroleh syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
14. Pelihara lidah dari berdusta,mengumpat,maki hamun dan sebagainya kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
15. Segala gerak-geri dan tindakan kita hendaklah tenang,tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan.
16. Pastikan kita dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhan-Nya.
17. Banyakkan zikir dan istighfar memohon rahmat daripada-Nya terutama ketika berbuka dan bersahur.
18. Banyakkan doa untuk diri sendiri,ibu bapa,anak-anak dan seluruh umat Islam supaya sama-sama dikurniakan kesejahteraan.
19. Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh,dengan meninggalkan maksiat,menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
20. Setelah selesai puasa Ramadhan,teruskan berpuasa enam hari pada bulan Syawal kerana ganjarannya seumpana berpuasa sepanjang tahun.

Islam mengatur cara hidup khusus untuk bulan Ramadhan.Cara hidup ini bila dijadikan ikutan maka terserlah hikmah beribadah,sama ada dari aspek pembinaan jasmani mahupun rohani.Impak positif inilah yang diharapkan kerana Islam mensyariatkan ibadah puasa sebagai satu wasilah dalam pembentukan emosi dan spiritual menjadi insan beriman lagi bertakwa...

No comments:

Post a Comment