
Bahan-bahan:
-20gm marjerin PLANTA
Campuran Untuk Lapisan:
-500gm tepung gandum,diayak
-580ml susu
-2 biji telur
-garam secukup rasa
Inti:
-1 tin ceri manis tanpa biji
-60ml pati oren sunquick
-3 sudu besar gula
-3 sudu besar tepung jagung
Hiasan:
-250ml krim dipukul kental
-60gm kepingan badam
Cara-caranya:
1. Pukul campuran untuk lapisan hingga menjadi adunan yang licin
2.Minyakkan pan tidak melekat dengan marjerin PLANTA.Tuang 1 sudu besar adunan lapisan pada pan yang panas.Masak hingga permukaannya kering pada satu bahagian sahaja.Ulangi sehingga 15-20 lapisan siap.
3.Letakkan lapisan-lapisan tadi diatas tuala kertas dan biarkan sejuk.
4.Masukkan bahan-bahan inti dalam sospan dan kacau hingga didih dan pekat.
5.Sapukan lapisan bersama inti ceri,ulangi untuk lapisan yang seterusnya,bentukkan kepada bentuk separa bulat.
6.Litupi bahagian luat dan tepi dengan krim kental dan hiasi dengan kepingan badam.Sejukkan hingga ia sedia untuk dihidangkan.


No comments:
Post a Comment