Thursday, June 18, 2009

Petua Di Dapur

Bersihkan Getah Nangka

Senang jek..kalau rebus nangka ni kadang-kadang getahnya melekat kat periuk kan,so nak hilangkan cuba gosok pakai minyak masak dan cuci macam biasa hingga bersih.Pas tu bolehlah rebus kelapa sawit pulak..gerenti tak de getah..ade miyak jer..

Hilangkan hanyir ikan darat

Contoh-contoh ikan darat adalah seperti lampam,talapia,puyu,keli,haruan..goreng pun sodap..masalahnya ikan-ikan ni berbau kuat kan.So, ambil beberapa helai daun serai dan ramas-ramaskan dan campur pulak asam jawa..rendamkan sekejap pas tu boleh basuh cam biasa,jangan guna mesin basuh pulak.Asam jawa tu kalau tak de,gunalah asam banjar..tu le cara nak basuh ikan darat,sesiapa ade cara nak basuh buaya darat silalah hubungi saya..

Telur rebus senang dikupas

Antara cara nak bagi kulit telur senang dikupas dan cantik bentuknya,tambahkan sedikit cuka ke dalam air untuk merebus telur.Satu lagi rendamkan telur yang telah direbus kedalam air yang sejuk dan biarkan sebentar..bila dikupas tak delah isinya keluar sekali.Kalau tak jadi juga..susah mende..goreng je ler...pun sodap..

Harumkan Dapur

Rebuskan beberapa batang kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Gunakan air rebusan semasa membersihkan dapur.Maka akan hilanglah bau-bau yang tidak menyenangkan..tapi kalau ade bau yang semacam jer..jangan tegur,terutama kalau mengemas dapur tengah malam..pantang tu...lebih baik mengaji ke...solat sunat ke...kan lebih afdhal..mengemas siang-siang ler.

No comments:

Post a Comment