Thursday, September 3, 2009

Fadilat Ramadhan

Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya;

"Solat lima waktu,solat Jumaat dengan solat Jumaat yang berikutnya,puasa Ramadhan dengan puasa Ramadhan yang berikutnya menjadi penebus dosa-dosa yang dilakukan selagi mana seseorang menghindari dosa besar"
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Kita percaya bahawa Allah telah berjanji menghapuskan segala dosa dan kejahatan yang lalu dengan berpuasa.Kegembiraan terpancar pada wajah-wajah orang yang berpuasa mengharapkan terhapusnya segala dosa.Kembali bersih dan suci sebagaimana bayi yang baru dilahirkan,memulakan hidup baru ketika Ramadhan datang.

1 comment: