Thursday, September 3, 2009

Fadilat Ramadhan

Nabi SAW bersabda,maksudnya;

"Ramadhan adalah bulan yang Allah telah memfardhukan atasmu berpuasa didalamnya dan aku telah menjadikan sunnah bagimu berdiri dan beribadat pada malamnya.Sesiapa berpuasa dan bersolat malam kerana iman dan kerana mengharapkan Allah,nescaya dia keluar daripada dosanya,bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya."
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).

Hadis diatas menyatakan keutamaan bersolat malam dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah pada bulan yang mulia ini,dibersihkan segala dosa sehingga tidak tertinggal sedikitpun.

No comments:

Post a Comment