Wednesday, July 1, 2009

Mutiara Kata

*Ilmu itu lebih baik dr harta.Ilmu menjaga engkau & menjaga harta.Ilmu itu penghukum (hakim) & harta terhukum.Harta itu kurang pabila dibelanjakan tp ilmu bertambah bila dibelanjakan.

*Hanya lidah yg mahu berdusta & berbohong.Namun pandangan mata,hayunan kedua belah tangan,langkah belah kaki & pergerakan tubuh @ seluruh anggota badan akan menafikan apa yg diucapkan oleh lidah.

*Nilai seseorang sesuai dgn kadar tekadnya,ketulusannya sesuai dgn kadar kemanusiaannya,keberaniannyasesuai dgn kadar penolakkannya terhadap perbuatan jahat & kesucian hati nuraninya sesuai dgn kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya.

*Agama bt kehidupan di akhirat,harta bt kehidupan di dunia.Di dunia org yg tak berharta berasa ssh hati,tetapi org yg tak beragama merasa lebih sengsara.

*Kekayaan yg sebenar ialah akal,kepapaan ygf sebenar ialah rosak akal.Sepi yg sebenarnya ialah kagum dgn diri sendiri dan kemuliaan yg sebenar ialah akhlak yg baik.

*Semulia2 manusia ialah siapa yg mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas & bersikap adil ketika kuat.

*Manusia yg berakal ialah manusia yg suka menerima dan meminta nasihat.

*Bg setiap nikmat ada kunci yg akan membukanya & ada kunci yg akan menyelaknya yg mana kunci pembukanya adalah sabar & kunci penyelaknya adalah malas.

*Kemarahan org yg berakal dilihat pd tindak tanduknya & kemarahan yg ada pd org jahil itu dpt dilihat melalui perkataannya.

*Orang2 yg suka berkata jujur mendapatkan tiga hal...kepercayaan,cinta dan rasa hormat.

*Keadilan itu syurga bg org yg dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bg orang2 yg bersifat zalim.

*Orang yg tidak menguasai matanya ...hatinya tidak ada harganya.

*Kalau engkau berasa berkuasa utk membuat aniaya kpd hamba Allah,ingatlah pula Allah lebih berkuasa membalasnya.

****Petikan azimat dari para cendekiawan Islam tersohor...semuga kita semua mendapat manafaatnya.*****

No comments:

Post a Comment