1. Surah al-Isra' :23-24
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
"Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah "Wahai Tuhanku!Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil".
2. Hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru
Dia berkata,seorang lelaki datang kepada Rasullullah SAW meminta izin daripadanya untuk berjihad.Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Adakah ayahmu masih hidup" Orang itu menjawab "Ya".Nabi bersabda :"Berjihadlah bagi kedua orang tua".(Hadis Riwayat Muslim).Melalui hadis lain disebutkan orang itu berkata "Ya,aku tinggalkan mereka menangis",Nabi berkata "Pergilah,buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis".
3. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a
Ibnu Umar r.a berkata,Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud," Tangis kedua orang tua termasuk dalam penderhakaan,"(Hadis riwayat Bukhari).
4. Menurut al-Qurtubi,termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua-dua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.
5. Diriwayatkan daripada Muaz ibn Jabal r.a
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,"Sesiapa berbakti kepada orang tuanya,beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya".(Hadis riwayat Abu Ya'la,Tabrani dan al-Hakim).
6. Diriwayatkan Abu Usaid,seorang Badwi,dia berkata,"Aku sedang duduk bersama Nabi SAW,kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar bertanya."Wahai Rasullullah,apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?". Baginda menjawab yang maksudnya,"Ya,mendoakan rahmat bagi keduanya,memohon ampun bagi keduanya,melaksanakan wasiat mereka,menghormati teman mereka,menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua.Inilah yang masih boleh engkau lakukan".
7. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a,dia berkata:"Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua dan Nabi bertanya,"Siapakah yang bersamamu?". Orang itu menjawab,"Ayahku".Baginda bersabda,"Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia,jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya".(Hadis riwayat Tabrani).
8. Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata,"Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab,semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudah aku ketahui,kecuali firman-Nya yang bermaksud,"Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.""Apakah perkataan yang mulia itu". Ibnu Masayyab berkata"Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras".
9. Ibnu Abbas berkata,"Nabi SAW bersabda yang maksudnya,"Sesiapa yang membuat redha kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang,dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang,satu pintu.Sesiapa di waktu pagi dan petang membuat marah kedua orang tuanya,dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka,jika seorang,satu pintu".
10. Satu kisah terjadi di zaman nabi.Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir Ibn Abdillah r.a,dia berkata,seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata,"Wahai Rasullullah,sesungguhnya ayahku mengambil hartaku".Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata,"Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu,tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya di dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya,"
Ketika orang itu datang,Nabi berkata,"Mengapa puteramu mengeluhkan kamu?Apakah engkau ingin mengambil hartanya?". Orang tua itu berkata,"Tanyailah dia,ya Rasullullah,apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?".Rasullullah berkata,"Janganlah ceritakan hal ini kepda kami,beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu".Orang tua itu berkata,"Demi Allah,wahai Rasullullah,Allah Azza Wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu.Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".Rasullullah berkata,"Katakanlah supaya saya mendengarnya".Orang itu berkata,
"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau dikala dewasa.Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan kepadamu.Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu,seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis.Diriku takut engkau binasa,supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur,aku pun tidak mengharapkanmu,engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan,seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa,engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu,Nabi memegang leher baju putera itu dan berkata,"Engkau dan hartamu milik ayahmu".
11. Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah
Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas.Peluh mengalir di wajahnya,dia amat keletihan.Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar,"Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?"Ibnu Umar telah menjawab "Demi Allah,tidak walaupun satu nafasnya."
12. Ini ialah sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisa':36
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetanggga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong,takbur dan membanggakan dirinya."
Sekian antara hadis,riwayat dan kisah yang saya petik dari Harian Metro,Jumaat 19 Jun 2009.Semoga ia menjadi renungan kita bersama..dan selamat beramal..
11. Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah
Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas.Peluh mengalir di wajahnya,dia amat keletihan.Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar,"Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?"Ibnu Umar telah menjawab "Demi Allah,tidak walaupun satu nafasnya."
12. Ini ialah sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisa':36
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetanggga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong,takbur dan membanggakan dirinya."
Sekian antara hadis,riwayat dan kisah yang saya petik dari Harian Metro,Jumaat 19 Jun 2009.Semoga ia menjadi renungan kita bersama..dan selamat beramal..


No comments:
Post a Comment