Tuesday, June 16, 2009

Pedoman Hidup 6


5 Peringatan Rasullullah S.A.W


1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk


Hakikatnya kita sebagai hamba Allah ni selalu memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kita terlupa bahawa setiap saat dari kehidupan kita ini adalah dengan nikmat dan kurnia dari Allah,tapi kita memandang sepi perkara tersebut dan terlupa untuk memuji Allah dan bersyukur.Kata Imam Ibnu Qayyim "Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh,apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir,jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya".

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Kenikmatan dan kesusahan di dunia adalah sekadar 1/100 daripada kenikmatan dan kesusahan di akhirat.1000 tahun di dunia adalah setimpal dengan 1 hari di akhirat.Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding di akhirat.Jadi,wajarkah kita sentiasa teruja dengan wawasan dunia dan meninggalkan wawasan akhirat?Kalau kita selalu sibuk melabur saham berjuta-juta untuk kesenangan duniawi,jangan sampai terlupa menanam dan melabur saham akhirat dengan amal ibadat dan mematuhi suruhan Allah dan sunnah Rasululllah S.A.W.Kata Imam Qurtubi,"Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat.Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat,iaitu Syurga".


3.Kerap menyebut dan mengingati kematian daripada menyebut dan mengingati hal kehidupan

Mengingati mati itu adalah sunat,maka jika kita menyedari hakikat dunia ini adalah kebun untuk akhirat,pastilah kita sentiasa menambah amalan dan meningkatkan keimanan sebagai bekalan akhirat.Ibarat kebun yang tidak diusahakan,manakan kita mendapat hasilnya.Sedangkan Saidina Ali yang sudah dijanjikan syurga pun masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat,apatah lagi kita yang kerdil dan sentiasa bergelumang dosa.

4.Jangan terlalu menyebut kebaikan diri dan keluarga

Mungkin kita tak sedar bahawa kebaikan yang kita lakukan sebenarnya datang dari Allah yang menyuruh kita berbuat kebaikan.Sekiranya kebaikan itu disebut-sebut maka akan timbullah penyakit hati yang dinamakan Ujub.Penyakit inilah yang akan menjejaskan pahala kebaikan,malahan ujub atau riak ini adalah salah satu unsur syirik(khafi).Rasullullah pernah berpesan"Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak".Riak adalah amalan yang dikerjakan untuk dipamerkan kerana orang dan meninggalkan amal kerana orang.

5.Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain

Kegelapan hati yang ditambah dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan orang lain dan mengungkit aib orang lain,dalam erti kata lain mengumpat,menghina,gossip dan macam-macam lagi yang seumpamanya.Sedangkan apabila kita berbuat demikian kitalah sebenarnya lebih buruk dari orang yang kita katakan.Ibarat menuding satu jari ke orang lain,empat jari lagi adalah menuding diri kita sendiri.Oleh itu,biasakan melihat kekurangan dan keburukan diri sendiri walaupun ada kebaikan.Islam menganjurkan umatnya sentiasa bersangka baik dan positif terhadap orang lain.Sabda Rasullullah S.A.W "Cukuplah bagi seorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim".

Jadi,sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment