Wednesday, May 20, 2009

Brownies Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah cuba resepi Nasi Lemak Kukus? Lepas ni boleh try brownies kukus plak,saya memang suka yang kukus-kukus ni,pasal tu kurus jek...

Bahan-Bahan:
- 260gm tepung gandum
- 500gm gula
- 8 biji telur
- 90gm coklat serbuk
- 250ml susu cair
- 250ml minyak
- 1 sudu teh esen vanila

Bahan untuk aising:
- 250gm coklat masakan
- 100ml susu cair
- 3 senduk susu pekat manis
- 2 senduk tepung kastard

Cara-caranyer:
1. Pukul telur,gula dan esen vanila hingga kembang
2.Selepas itu,masukkan tepung gandum dan coklat serbuk.Kacau hingga sebati
3. Masukkan susu cair dan minyak.Kacau hingga sebati
4.Kukus selama sejam atau sehingga masak.Nak tau masak,try le cucuk pakai lidi,kalau tak melekat tu dah masak le..
5.Nak buat aising plak,panaskan kuali dengan air dan masukkan bahan aising ke dalam periuk kecil dan masukkan ke dalam kuali tadi (buat macam double boilled),Kacau hingga rata dan halus
6.Perlahankan api untuk mendapatkan aising yang cantik dan tidak terlalu pekat
7.Sapukan aising coklat di atas brownies yang telah sejuk..nak sapu kat muka sebagai masker pun boleh juga..tunggu aising sejuk dulu..hasilnye pasti menakjubkan..kalau berani lah.



No comments:

Post a Comment